This is how your name and profile photo will appear on Panoramio if you connect this Google+ account.
You cannot switch to a different account later.
Learn more.
1 Mei 2010, genap 100 tahun SK senggora, Maran. Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah Melayu Bawang.
Pada awalnya Sekolah ini berada dipinggiran sungai. Disebabkan selalu dilanda bah (banjir), ia kemudiannya dipindahkan ke kawasan berbukit (tapak sekarang). Sekolah ini merupakan antara sekolah yang tertua di negeri Pahang dan Maran khususnya. Sekolah ini juga pernah dikunjungi oleh Sir Sultan Abu Bakar, Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah - Sultan Pahang). Sekolah ini telah menempuhi sejarah dan cabaran yang panjang sama ada era penjajah Inggeris, zaman Jepun, sebelum merdeka, selepas merdeka dan sebagainya. Namun ia tetap berdiri megah membawa arus pendidikan kepada penduduk di daerah ini. Anak didiknya kini ramai yang telah berjaya dan memegang jawatan dalam kerajaan atau swasta.
http://tokgajahfanatic.forumotion.com/t1438-sk-senggora-menyambut-100-tahun
Sekolah Kebangsaan (SK) Senggora mungkin hanya dikenali oleh penduduk di sekitar Kampung Senggora dekat sini.
Peranannya sama sahaja dengan sekolah lain yang menjadi tempat pengajaran dan pembelajaran anak-anak setempat.
Namun, di sebalik kewujudannya, tersimpan satu keistimewaan yang mungkin tidak diketahui oleh banyak pihak.
SK Senggora atau sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Bawang merupakan institusi pendidikan formal terawal di negara ini.
Namun, nilai-nilai sejarah yang dimiliki di sekolah itu mungkin kurang diketahui berikutan kurangnya publisiti terhadap institusi berkenaan.
Sekolah itu diwujudkan pada 1910 atas kesedaran pemimpin tempatan kampung itu yang menyedari kepentingan sebuah sekolah untuk mendidik anak bangsa.
Tahun ini, bertepatan dengan ulang tahun ke-100 sekolah tersebut yang secara kebetulan diadakan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuantan, baru-baru ini.
Meskipun berusia seabad, SK Senggora masih beroperasi dengan misi yang sama untuk melahirkan generasi yang bijaksana, patriotik dan bersyukur.
Menurut seorang bekas murid sekolah itu, Mat Pilus Mat Yasin, 82, SK Senggora merupakan satu-satu sekolah rendah yang wujud di Maran pada 1910.
Katanya, kewujudannya adalah hasil kesedaran pemimpin tempatan iaitu Penghulu Sidek Abdullah dan Abu Samah Datuk Paduka Samad terhadap keperluan sebuah sekolah untuk mendidik anak kampung supaya pandai membaca dan menulis.
Mat Pilus yang menjadi murid antara 1938 dan 1941 sangat berbangga kerana dilahirkan dari sekolah yang ketika era Perang Dunia Kedua dahulu dianggap moden.
Jelasnya, Sekolah Melayu Bawang pada asalnya dibina di tapak lama di pinggir Sungai Pahang sebelum dipindahkan di atas sebuah bukit di kampung itu pada awal 1960-an dan ditukar nama kepada SK Senggora.
''Saya masih ingat sekolah beratap rumbia itu dibina menggunakan kayu merbau dan berdinding papan.
''Saya sangat berharap SK Senggora yang mewarisi semangat perjuangan generasi terdahulu diletakkan sebaris dengan sekolah atau institusi pendidikan terawal di negara ini," katanya.
Bekas murid antara 1949 dan 1956, Muhamad Mohd. Said, 70, mengakui sangat bernostalgia setiap kali berkunjung ke sekolah yang mempunyai nilai-nilai sejarah yang tinggi itu.
''Saya amat sedih kerana ramai kawan yang sama-sama belajar huruf jawi, ilmu congak, ilmu bumi, ilmu kejadian dan pekerjaan tangan telah kembali ke rahmatullah.
''Saya juga berpeluang menjadi ustaz di sekolah ini pada 1978 hingga 1995 dan melihat perkembangan pesat kemajuan pendidikan negara pada era itu hasil perjuangan pemimpin terdahulu yang direalisasikan pemimpin sekarang,'' katanya.
Muhamad kagum dengan semangat murid-murid terdahulu yang sanggup menuntut ilmu walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan berbanding masa kini.
Dia mendakwa, Sekolah Melayu Bawang atau SK Senggora merupakan sekolah terawal wujud di negara ini mendahului beberapa institusi pendidikan lain seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) atau Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang kini dikenali sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Bekas murid pada 1947 hingga 1948, Ismail Baie, 70, menyifatkan kewujudan SK Senggora sesuatu yang unik kerana pembinaannya dilakukan secara gotong-royong atas kesedaran penduduk kampung terhadap kepentingan pendidikan ketika itu.
Katanya, tiang asal sekolah dari pokok merbau itu masih kekal dan ia dianggap simbol kekuatan dan kesedaran penduduk terhadap ilmu pengetahuan.
Pada awal kewujudannya, katanya, murid-murid diajar membaca dan menulis jawi serta rumi.
''Antara yang masih saya ingati ialah ayat bertajuk 'Pasu Bunga' dalam tulisan jawi apabila murid-murid diminta membaca berulang-ulang mengikut frasa," katanya.
Seorang lagi bekas murid, Yasin Maarof, 46, berpendapat Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Negeri perlu menjadikan sekolah itu sebagai sekolah angkat kerana statusnya sebagai antara sekolah terawal di negara ini.
Ini kerana, katanya, sekolah itu masih menggunakan bangunan asal sedangkan kebanyakan sekolah rendah lain memiliki bangunan baru dan bertingkat.
Tambah beliau, kekurangan bilik darjah masih lagi wujud walaupun masalah itu telah diajukan kepada pihak yang berkaitan untuk menanganinya.
''Sekolah ini mengalami pengalaman ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua tetapi tetap utuh demi memartabatkan maruah rakyat,'' katanya.
Jambatan konkrit adalah gabungan backstays kabel dan keluli struktur ikat belakang.Ia adalah dua lorong jalan raya laluan tiga jumlah lebar 18.6m setiap jalur yang terdiri daripada 3 x 3.5m lebar lorong, 0.5 bahu keras, marginal 0.5m. Median ialah 4m luas dan laluan pejalan kaki merangkap kitaran trek lebar adalah 5.1m memberikan jumlah lebar 37.2m pada pusat jambatan.
Nama rasmi Seri Wawasan Bridge
menjalankan kenderaan bermotor, pejalan kaki
melintasi Tasik Putrajaya
lokal -
Diselenggara oleh Perbadanan Putrajaya
pereka bentuk Perbadanan Putrajaya
Jumlah panjang 240 meter
Lebar 37,2 meter
Terpanjang merangkumi 168,5 meter
Dibina oleh Perbadanan Putrajaya
dibuka 2003
Coordinates 2 ° 55'41 .1 "N 101 ° 41'3 0,0" E
Kampung Batu Laut merupakan sebuah kampung di persisiran Pantai Batu Laut yang memiliki panorama indah pada waktu senja. Kampung ini terletak berdekatan dengan pengkalan muara Sungai Mesuk. Kampung Batu Laut terletak di Daerah Kuala Langat kira-kira 20 km perjalanan dari Bandar Banting, Selangor dan 50 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki kenderaan bermotor.

ZOUDEI ZEEDO's conversations
ade kekosongan rumah sewa x? huhu
http://btpnpahang.moe.edu.my/pkgbdrmaran/v25/index.php/sk-senggora
1 Mei 2010, genap 100 tahun SK senggora, Maran. Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah Melayu Bawang. Pada awalnya Sekolah ini berada dipinggiran sungai. Disebabkan selalu dilanda bah (banjir), ia kemudiannya dipindahkan ke kawasan berbukit (tapak sekarang). Sekolah ini merupakan antara sekolah yang tertua di negeri Pahang dan Maran khususnya. Sekolah ini juga pernah dikunjungi oleh Sir Sultan Abu Bakar, Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah - Sultan Pahang). Sekolah ini telah menempuhi sejarah dan cabaran yang panjang sama ada era penjajah Inggeris, zaman Jepun, sebelum merdeka, selepas merdeka dan sebagainya. Namun ia tetap berdiri megah membawa arus pendidikan kepada penduduk di daerah ini. Anak didiknya kini ramai yang telah berjaya dan memegang jawatan dalam kerajaan atau swasta. http://tokgajahfanatic.forumotion.com/t1438-sk-senggora-menyambut-100-tahun
Sekolah Kebangsaan (SK) Senggora mungkin hanya dikenali oleh penduduk di sekitar Kampung Senggora dekat sini.
Peranannya sama sahaja dengan sekolah lain yang menjadi tempat pengajaran dan pembelajaran anak-anak setempat.
Namun, di sebalik kewujudannya, tersimpan satu keistimewaan yang mungkin tidak diketahui oleh banyak pihak.
SK Senggora atau sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Bawang merupakan institusi pendidikan formal terawal di negara ini.
Namun, nilai-nilai sejarah yang dimiliki di sekolah itu mungkin kurang diketahui berikutan kurangnya publisiti terhadap institusi berkenaan.
Sekolah itu diwujudkan pada 1910 atas kesedaran pemimpin tempatan kampung itu yang menyedari kepentingan sebuah sekolah untuk mendidik anak bangsa.
Tahun ini, bertepatan dengan ulang tahun ke-100 sekolah tersebut yang secara kebetulan diadakan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuantan, baru-baru ini.
Meskipun berusia seabad, SK Senggora masih beroperasi dengan misi yang sama untuk melahirkan generasi yang bijaksana, patriotik dan bersyukur.
Menurut seorang bekas murid sekolah itu, Mat Pilus Mat Yasin, 82, SK Senggora merupakan satu-satu sekolah rendah yang wujud di Maran pada 1910.
Katanya, kewujudannya adalah hasil kesedaran pemimpin tempatan iaitu Penghulu Sidek Abdullah dan Abu Samah Datuk Paduka Samad terhadap keperluan sebuah sekolah untuk mendidik anak kampung supaya pandai membaca dan menulis.
Mat Pilus yang menjadi murid antara 1938 dan 1941 sangat berbangga kerana dilahirkan dari sekolah yang ketika era Perang Dunia Kedua dahulu dianggap moden.
Jelasnya, Sekolah Melayu Bawang pada asalnya dibina di tapak lama di pinggir Sungai Pahang sebelum dipindahkan di atas sebuah bukit di kampung itu pada awal 1960-an dan ditukar nama kepada SK Senggora.
''Saya masih ingat sekolah beratap rumbia itu dibina menggunakan kayu merbau dan berdinding papan.
''Saya sangat berharap SK Senggora yang mewarisi semangat perjuangan generasi terdahulu diletakkan sebaris dengan sekolah atau institusi pendidikan terawal di negara ini," katanya.
Bekas murid antara 1949 dan 1956, Muhamad Mohd. Said, 70, mengakui sangat bernostalgia setiap kali berkunjung ke sekolah yang mempunyai nilai-nilai sejarah yang tinggi itu.
''Saya amat sedih kerana ramai kawan yang sama-sama belajar huruf jawi, ilmu congak, ilmu bumi, ilmu kejadian dan pekerjaan tangan telah kembali ke rahmatullah.
''Saya juga berpeluang menjadi ustaz di sekolah ini pada 1978 hingga 1995 dan melihat perkembangan pesat kemajuan pendidikan negara pada era itu hasil perjuangan pemimpin terdahulu yang direalisasikan pemimpin sekarang,'' katanya.
Muhamad kagum dengan semangat murid-murid terdahulu yang sanggup menuntut ilmu walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan berbanding masa kini.
Dia mendakwa, Sekolah Melayu Bawang atau SK Senggora merupakan sekolah terawal wujud di negara ini mendahului beberapa institusi pendidikan lain seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) atau Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang kini dikenali sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Bekas murid pada 1947 hingga 1948, Ismail Baie, 70, menyifatkan kewujudan SK Senggora sesuatu yang unik kerana pembinaannya dilakukan secara gotong-royong atas kesedaran penduduk kampung terhadap kepentingan pendidikan ketika itu.
Katanya, tiang asal sekolah dari pokok merbau itu masih kekal dan ia dianggap simbol kekuatan dan kesedaran penduduk terhadap ilmu pengetahuan.
Pada awal kewujudannya, katanya, murid-murid diajar membaca dan menulis jawi serta rumi.
''Antara yang masih saya ingati ialah ayat bertajuk 'Pasu Bunga' dalam tulisan jawi apabila murid-murid diminta membaca berulang-ulang mengikut frasa," katanya.
Seorang lagi bekas murid, Yasin Maarof, 46, berpendapat Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Negeri perlu menjadikan sekolah itu sebagai sekolah angkat kerana statusnya sebagai antara sekolah terawal di negara ini.
Ini kerana, katanya, sekolah itu masih menggunakan bangunan asal sedangkan kebanyakan sekolah rendah lain memiliki bangunan baru dan bertingkat.
Tambah beliau, kekurangan bilik darjah masih lagi wujud walaupun masalah itu telah diajukan kepada pihak yang berkaitan untuk menanganinya.
''Sekolah ini mengalami pengalaman ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua tetapi tetap utuh demi memartabatkan maruah rakyat,'' katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0518&pub=UtusanMalaysia&sec=Pahang&pg=wp01.htm#ixzz2Wp1Qet4i © Utusan Melayu (M) Bhd
Sekolah Kebangsaan Senggora Jalan Lubuk Paku Pahang, Malaysia. Telefon = 6094774006 Fax = 6094774006
Jambatan konkrit adalah gabungan backstays kabel dan keluli struktur ikat belakang.Ia adalah dua lorong jalan raya laluan tiga jumlah lebar 18.6m setiap jalur yang terdiri daripada 3 x 3.5m lebar lorong, 0.5 bahu keras, marginal 0.5m. Median ialah 4m luas dan laluan pejalan kaki merangkap kitaran trek lebar adalah 5.1m memberikan jumlah lebar 37.2m pada pusat jambatan.
Nama rasmi Seri Wawasan Bridge menjalankan kenderaan bermotor, pejalan kaki melintasi Tasik Putrajaya lokal - Diselenggara oleh Perbadanan Putrajaya pereka bentuk Perbadanan Putrajaya Jumlah panjang 240 meter Lebar 37,2 meter Terpanjang merangkumi 168,5 meter Dibina oleh Perbadanan Putrajaya dibuka 2003 Coordinates 2 ° 55'41 .1 "N 101 ° 41'3 0,0" E
Welcome my frends!fatamogana live!